Saturday, January 17, 2009

Orang Melayu "jauh hati" dengan UMNO


Walaupun kerajaan BN berjanji untuk memulangkan semula royalti minyak Terengganu yang dirampas semasa pemerintahan PAS dulu, tetapi orang Melayu Terengganu tetap menolak UMNO. Hati mereka telah luka atas perbuatan kejam UMNO kepada orang-orang Melayu.

Orang Melayu telah "jauh hati" dengan UMNO. Walaupun BN mendapat undi bukan Melayu melebihi dari yang diperolehinya pada PRU 12, tetapi undi Melayu kepada UMNO semakin berkurang. Orang Melayu lebih mempercayai PAS dari UMNO sekarang ini. Sekiranya keyakinan orang-orang Melayu semakin tinggi kepada PAS, tidak mustahil dalam PRU 13 nanti, PAS akan memerintah semula di Terengganu.

Penerangan yang baik yang telah diberikan oleh penceramah-penceramah Pakatan Rakyat dalam kempen PRK Kuala Terengganu, telah membuka mata orang-orang Melayu bahawa bangsa Melayu memang benar-benar miskin di negeri yang kaya seperti Terengganu.

Kekayaan yang diperolehi hasil royalti minyak telah dirampas oleh kerajaan pusat dan kemudian dibelanjakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO mengikut kepentingan mereka bagi mengaut keuntungan peribadi.

Bagi rakyat Sabah dan Sarawak juga telah memahami benar akan permainan kotor pimpinan kerajaan BN. Telah berkali-kali pemimpin mereka membangkitkan di parlimen bahawa rakyat Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dari rakyat di semenanjung sedangkan penghasilan negeri mereka cukup kaya.

Sekiranya dalam masa yang terdekat ini pilihanraya diadakan di Sabah dan Sarawak, adalah tidak mustahil Barisan Nasional akan kehilangan kerusi sepertimana yang dialaminya di Kuala Terengganu.

Rakyat Sabah dan Sarawak dikatakan telah "gatal tangan" untuk memangkah kertas undi yang bukan lambang dacing. Bagi mereka dacing yang disogokkan kepada mereka tidak dapat memberi timbangan yang adil kepada mereka.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghafur Saleh pernah menyatakan di parlimen bahawa masih terdapat kalangan pelajar-pelajar sekolah di Sabah yang belajar dengan meniarap kerana di sekolah tidak ada meja dan kerusi.

Bolehkah kita bayangkan kerajaan boleh membelanjakan berpuluh juta ringgit bagi menghantar seorang rakyatnya ke angkasa lepas tetapi di Sabah, untuk membekalkan meja dan kerusi ke sekolah pun mereka tidak mampu.

Bayangkanlah betapa tidak bertanggung jawabnya kerajaan BN terhadap rakyatnya. Hasil kekayaan negeri dikaut untuk pembangunan lain kononnya, tetapi anak negeri menderita kesempitan hidup.

Samalah seperti yang berlaku di Terengganu, negeri begitu kaya dengan hasil minyak tetapi rakyat hidup dalam kemiskinan. Lebih malang lagi yang hidup miskin itu adalah orang-orang Melayu.

Kekalahan di Kuala Terengganu ini adalah pengajaran kepada BN terutama pemimpin UMNO yang selama ini mendabik dada bahawa orang Melayu akan setia kepada mereka. Pilihanraya di Sabah dan Sarawak akan menentukan samada BN masih layak memerintah atau menjadi pembangkang.

5 comments:

  1. Sdr. Alias,
    Terima kasih kerana letakkan blog ini pada URL blog saudara.

    Sama-sama kita memeriahkan dunia maya ini

    ReplyDelete
  2. Sekarang ini BN baru gelabah tapi apa nak kata nasi sudah hampir jadi bubur. Kalau boleh betulkan pun makan nasi lembiklah jawabnya.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Atas tinjauan saya begitulah ! memang orang melayu dah jauh dengan UMNO, ini kerana mereka tidak berjaya menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri, agaknya itulah kehendak Tuhan sebab mereka menolak hukum Tuhan

    ReplyDelete
  4. salam silaturahmi .....semoga kita mendapatkan penguasa yang mencintai rakyatnya

    ReplyDelete
  5. Salam

    Bersabarlah UMNO, perbetulkan pari dan dasarnya, miripkan perjuangan dengan islam

    ReplyDelete